Monday, August 2, 2010

Hukum Puasa Selepas Nisfu Sya'ban

Penulis : Sidi Abu Muhammad


Masih ramai kalangan awam yang keliru dengan hukum berpuasa selepas hari Nishfu Sya'baan (hari 15 Sya'baan). Ramai yang tidak tahu bahawa menurut qawl yang mu'tamad dalam Mazhab Syafi`i hukum berpuasa selepas Nishfu Sya'baan adalah HARAM DAN TIDAK SAH dengan beberapa pengecualian yang akan datang penjelasannya. Kekeliruan mungkin disebabkan mazhab-mazhab lain mempunyai pendapat yang berbeza dengan Mazhab Syafi`i berdasarkan kepada ijtihad mereka. Ulama Syafi`i mengistinbathkan pengharaman berpuasa tersebut berdasarkan beberapa dalil termasuklah hadits-hadits Junjungan Nabi SAW. Antaranya apa yang diriwayatkan dalam "Sunan at-Tirmidzi", juzuk 2, halaman 183, bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda sebagai berikut:-
"Telah diberitakan kepada kami oleh Qutaibah, telah diberitakan kepada kami oleh 'Abdul 'Aziiz bin Muhammad, daripada al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman, daripada ayahnya, daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. yang telah berkata: Telah bersabda Junjungan Rasulullah SAW: "Apabila tinggal baki separuh dari bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa". Dan telah berkata Abu `Isa (yakni Imam at-Tirmidzi): "Hadits Abu Hurairah ini adalah hadits hasan shohih dan tiada kami ketahui akan dia melainkan dengan wajah (riwayat) ini atas lafaz ini.
Selain daripada hadits di atas, Imam Abu Daud turut meriwayatkan dalam sunannya sebagai berikut:-
Daripada Sayyidina Abu Hurairah r.a. bahawasanya Junjungan Rasulullah SAW bersabda: "Apabila masuk separuh bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa."
Imam ash-Shan`ani dalam "Subulus Salam" juzuk 2, halaman 345 menyatakan bahawa hadits ini adalah hasan shohih di sisi para muhadditsin selain Imam Ahmad. Imam Ahmad mendhoifkannya kerana bagi Imam Ahmad perawi yang bernama al-'Alaa` bin `Abdur Rahman adalah perawi yang dhoif. Menurut kajian Imam ash-Shan`aani, pendapat Imam Ahmad tersebut adalah tidak tepat kerana al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman adalah seorang perawi yang hadits-hadits yang diriwayatkannya diambil oleh Imam Muslim dan selanjutnya Imam Ibnu Hajar al-`Asqalani dalam "at-Taqrib" menghukumkan al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman ini sebagai seorang perawi yang shaduuq (benar atau kepercayaan).

Sungguhpun dihukumkan haram, tetapi pengharaman berpuasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan ini tidaklah mutlak seperti pengharaman berpuasa pada 5 hari yang diharamkan secara mutlak berpuasa, iaitu 2 hari raya dan 3 hari tasyriq. Pengharaman berpuasa pada hari-hari nishfu kedua Sya'baan dan hari Syak tidaklah mutlak kerana ianya mempunyai pengecualian. Maka hukum HARAM DAN TIDAK SAH puasa yang dilakukan selepas nishfu Sya'baan (iaitu selepas tanggal 15 Sya'baan) mempunyai PENGECUALIAN seperti berikut:-

1. puasa sunnat tersebut disambungkan atau dihubungkan dengan hari-hari yang berada di nishfu pertama (separuh pertama) bulan Sya'baan walaupun dengan hanya satu hari sahaja (yakni dihubungkan dengan berpuasa pada hari 15 Sya'baan) dengan syarat ianya hendaklah berterusan sehingga Ramadhan, jika terputus walaupun dengan uzur maka tidaklah boleh disambung lagi puasa tersebut. Contohnya, jika seseorang berpuasa sunnat pada 15 Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada 16 Sya'baan dan hari-hari berikutnya. Tetapi katakanlah setelah berpuasa pada 15, 16, 17 dan 18 Sya'baan, dia tidak berpuasa pada 19 Sya'baan, dengan atau tanpa uzur, maka tidaklah boleh lagi dia berpuasa sunnat pada 20 Sya'baan dan hari-hari yang berikutnya sehinggalah Ramadhan.

2. puasa sunnat tersebut telah menjadi amalan biasa seseorang (yakni yang telah dijadikan wirid kebiasaannya). Contohnya, seseorang yang telah mewiridkan puasa pada setiap Isnin, maka tidaklah jadi halangan untuk dia meneruskan wiridnya itu.

3. puasa qadha` samada qadha puasa fardhu atau qadha puasa sunnat yang berwaktu

4. puasa kaffarah atau puasa nazar dengan syarat ianya tidak dilakukan dengan sengaja dan dengan tahu yang hari yang dinazarkan itu adalah hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan. Misalnya, seseorang bernazar hendak berpuasa pada hari Khamis minggu hadapan tanpa menyedari bahawa Khamis hadapannya sudah masuk dalam nishfu kedua Sya'baan, maka bolehlah dia berpuasa pada Khamis tersebut. Maka jika sekiranya dia tahu yang Khamis tersebut adalah dalam nishfu kedua bulan Sya'baan, maka tidaklah boleh dia berpuasa dan tidaklah sah nazarnya itu.

Inilah perincian hukum bagi puasa yang dilaksanakan setelah nishfu Sya'baan menurut Mazhab Syafi`i yang menjadi pegangan kita, sebagaimana yang tersebut dalam kitab-kitab fiqhnya. Antaranya dalam "Anwarul Masaalik syarah 'Umdatis Saalik wa 'Uddatin Naasik" karya Syaikh Muhammad az-Zuhri al-Ghumrawi rahimahUllah yang menyatakan pada halaman 125 seperti berikut:-

(Dan haram berpuasa [sunnat] pada hari-hari selepas nishfu Sya'baan, jika sekiranya puasa tersebut tidak berbetulan dengan adat kebiasaan seseorang) sebagaimana yang telah disebut terdahulu ketika perbincangan tentang hari Syak, (dan [puasa tersebut] tidak berhubung / bersambung dengan hari yang sebelumnya) iaitu tidak bersambung puasa pada nishfu yang kedua [bulan Sya'baan] dengan berpuasa pada separuh yang pertama bulan tersebut. Maka jika sekiranya puasa tersebut berbetulan dengan adat kebiasaan baginya atau dihubungkan [dengan hari-hari separuh pertama Sya'baan], sahlah puasa tersebut dan hilanglah keharamannya.


Imam Ibnu Hajar al-Haitami rahimahUllah menulis dalam "al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah", jilid 2 halaman 82, sebagai berikut:-




Dan daripadanya [yakni daripada hadits-hadits berkaitan dengan] puasa dalam bulan Sya'baan, ialah hadits Sayyidatina 'Aisyah r.`anha yang menyatakan: "Tidak aku melihat Rasulullah SAW menyempurnakan puasa sebulan penuh, melainkan bulan Ramadhan dan tiada aku melihat baginda berpuasa lebih banyak daripada bulan Sya'baan", hadits diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dan keduanya meriwayatkan juga hadits lain dengan kata-kata: "Tiada baginda berpuasa dalam suatu bulan yang lebih banyak daripada bulan Sya'baan, bahawasanya baginda berpuasa pada keseluruhan bulan Sya'baan", dan bagi Imam Muslim terdapat satu lagi riwayat dengan kata-kata:- "Adalah baginda berpuasa pada bulan Sya'baan keseluruhannya kecuali sedikit.".......... Kemudian hadits-hadits tersebut tidaklah menafikan hadits yang mengharamkan puasa pada hari-hari selepas nishfu bulan Sya'baan, kerana berlakunya pengharaman tersebut ialah kepada sesiapa yang hanya berpuasa selepas nishfu tersebut dan tidak menghubungkan puasanya [dengan berpuasa pada hari Nishfu Sya'baan (yakni hari 15 Sya'baan)]. Manakala berlakunya keharusan (baca: boleh / jaiz) berpuasa, bahkan sunnat berpuasa, ialah kepada sesiapa yang berpuasa sebelum nishfu lagi dan meninggalkan berpuasa selepasnya [yakni dia berpuasa sunnat pada nishfu pertama bulan Sya'baan dan berhenti setelah nishfunya tersebut]; ATAU dia meneruskan puasanya dengan menghubungkan puasanya itu dengan berpuasa pada hari Nishfu Sya'baan [yakni hari 15 Sya'baan]; ATAU dia tidak menghubungkan puasanya, akan tetapi puasanya pada hari-hari nishfu kedua bulan Sya'baan tersebut ialah puasa kerana qadha` atau puasa nazar atau puasa yang menjadi wiridnya (kebiasaannya). Dan hadits yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Abu Daud, Imam at-Tirmidzi, Imam an-Nasai dan Imam Ibnu Majah, iaitu: "Apabila berbaki separuh daripada bulan Sya'baan, maka janganlah kamu berpuasa sehingga menjelang Ramadhan", adalah jelas pada yang demikan (yakni pada menyatakan haramnya berpuasa pada hari-hari selepas Nishfu Sya'baan).


Murid Imam Ibnu Hajar rahimahUllah, iaitu Syaikh Zainuddin bin 'Abdul 'Aziz al-Malibari, rahimahUllah, menulis dalam karya beliau "Fathul Mu`in"pada halaman 60:-



(Tatimmah) Haram puasa pada hari-hari tasyriq ......., dan demikian pula haram puasa selepas Nishfu Sya'baan, selagi mana ianya tidak berhubung / bersambung dengan hari sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan] atau jika puasa tersebut tidak muwafaqah dengan adatnya (yakni tidak berbetulan dengan kebiasaannya atau wiridnya); atau jika puasa tersebut bukan puasa nazar atau puasa qadha` walaupun hanya qadha` puasa sunnat.


Penjelasan 'Allaamah Sayyid Muhammad 'Abdullah al-Jurdani dalam "Fathul 'Allam" juzuk 4, halaman 152- 153, pula adalah seperti berikut:-


Dan haram puasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan, melainkan jika ianya disambung / dihubungkan dengan hari yang sebelumnya [yakni hari sebelum 16 Sya'baan iaitu hari 15 Sya'baan], walaupun hanya satu hari [yakni walaupun dengan hanya berpuasa pada 15 Sya'baan sahaja] dan hendaklah berkekalan puasa tersebut sehingga ke akhirnya. Maka jika tidak berkekalan, bahkan jika berbuka (yakni tidak berpuasa) dengan uzur sekalipun, tertegahlah atasnya untuk berpuasa lagi dengan tanpa sebab.


Inilah khulasah hukum berpuasa pada nishfu kedua bulan Sya'baan. Harap kita sebagai pengamal Mazhab Syafi`i dapat beri perhatian sewajarnya. Allahlah yang Maha Mengetahui.

Sumber : Bahrusshofa

Bacaan Tambahan :

1. Puasa Sunat Bulan Sya'ban (Isu-isu Hukum Mengenainya) Bab 1

2. Puasa Sunat Bulan Sya'ban (Isu-isu Hukum Mengenainya) Bab 2


3. Puasa Sunat Bulan Sya'ban (Isu-isu Hukum Mengenainya) Bab Akhir

p/s:copy paste dr blog ni...http://jomfaham.blogspot.com/2009/08/puasa-selepas-nishfu.html

Wednesday, July 14, 2010

Kerinduan Terubat....

Salam ukhwah...dh lme rasenye tdk m'coretkan pape p'kmbgn tntg dri ana...ana alhamdulillah...dan ase bersyukur yg t'amat sgt...sesungguhnye DIA mngetahui segala rintihan hamba2NYA...alhamdulillah..sem ni ALLAH anugerahkan adik2 jgka "masyitoh wa qamariah" dtg ke cni..tuk mneruskan p'juangan mreka di sini...tdk lah ana rase kesunyian dan kuranglah ckit @ org kata terubatlah ckit kerinduan ana pada shbt2 jgka...adik2 jgka...plk qamariah jnior ana time dgree ni...2 yg ag best...ade gk akhrnye shbt 1 kos....syukur sgt....gmbira yg t'amat sgt....skrg ana ase lbh b'smngt...x tau la ape yg smngt nye....hiii...syukur jgk krna masih d berikan knikmatan n kmnisan iman & islam......d ksmptan ni ana nk ucapkan slmat memulakan sem baru...moga sem ni lbh baik dr sem yg sblmnye...kchtn jgn lupa gk tau...d smpg perjuangan yg blm tntu ade titik p'hujungnye.......................
Salam Sayang Sahabat~~ :)

~~insyirah~~

Sunday, June 27, 2010

Renung2kan...

~~Harta @ Rupa Hanya Hiasan Manusia,
Yang Penting Pelihara Secebis Keimanan,
Pelihara Juga Secebis Kejujuran,
Agar Ianya Menjadi Satu Keikhlasan~~

Monday, May 31, 2010

Sahabat..
Hidup ini umpama sebuah lautan yang kita sendiri pun kekadang tak sedar
akan bahaya yang berada di sekeliling kita..
Keimanan dan penggantung harapan kepada Allah lah yang akan menjadi penyelamat kita di kala berada di tengah-tengah lautan kehidupan agar kita tidak tenggelam dan lemas...
Persiapkanlah bahtera ketaqwaan dan layar kesabaran...
Hati ibarat nakhoda yang mengawal hala tuju kita...
Jika bersih hati maka selamatlah kita, jika kotor hati, maka binasalah kita...
Sahabat..
Allah kurniakan 'cinta' dan 'rindu' pada hati kita...
Ke mana kita bawa cinta dan rindu itu??
Barang siapa yang cinta dan rindu sesuatupun dari isi dunia..
maka insan itu telah tertipu dengan dunia yang membawanya jauh dari Allah...
Barangsiapa yang cinta dan rindu kepada Allah dan berusaha di dunia untuk mencari bekalan akhirat, maka dunia akan mengejarnya...
Sahabat..
Allah selalu rindukan kita...
Setiap detik dia memanggil nama kita agar selalu mangingatiNya...
tetapi ramai di antara kita yang berpaling dariNya....
Maka Alah datangkan musibah pada kita bukan kerana benci kepada kita tetapi kerana sayang dan rindu kepada kita...
agar kita segera bertaubat dan mengingatiNya....
Sahabat..
Marilah kita sama-sama berdoa...
moga Allah suburkan cinta kita kepadaNya...
Allah suburkan cinta kita kepada Nabi Muhammad saw...
dan Allah suburkan cinta kita kepada Islam...
Semoga persahabatan kita semua merupakan persahabatan yang berlandaskan iman dan kerana cinta kepadaNya...
Sesungguhnya tidak sempurna iman seseorang islam itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri...
Dua orang sahabat yang bertemu dan berpisah kerana Allah akan mendapat perlindungan di bawah arasy Allah di padang mahsyar kelak...

Sunday, May 23, 2010

~So NiCe,KeKUasaAn ALLAH S.w.t~






SecanTIk ButterFLY

Cantiknya si rama-rama..
Cantik rama2 boleh dilihat kerana warnanya,bentuk dll..
Cantiknya si dara..
Cantik perempuan bukan pd rupa paras,ayu lagatnya,manis senyumannya dll..
Tetapi,
Cantik perempuan pd agamanya,akhlaknya,budi bahasanya,tutur katanya dll..
Cantiknya perempuan bila dia m'jaga dirinya dgn b'landaskan Al-Quran & As-Sunnah..
Bila dipandang ingatkan kebesaran Allah..
Bila ditenung ingatkan cinta Allah..
Duhai perempuan..
Jadilah dirimu Seindah Mawar Berduri..
Cantik rupanya,tetapi susah didekati..
Duhai perempuan..
Impikan Lelaki soleh,bukan dengan cara m'dambakan cinta lelaki..
Tetapi..
Dengan m'dambakan cinta ALLAH..
"Perempuan yg solehah utk lelaki yg soleh & Lelaki yg soleh utk perempuan yg solehah"..
Jadikanlah dirimu solehah t'lebih utk m'dapat lelaki yg soleh..
YAkinlah,Janji Allah itu pasti...

~Sekadar ingatan kita bersama~

Sunday, May 2, 2010

sekadar perkongsian

komunikasi itu cinta

komunikasi adalah segala-galanya dalan cinta
tanpa komunikasi cinta tidak dapat termenterai
tanpa komunikasi rindu tidak dapat diubati
tanpa komunikasi cinta tidak dapat diberi dan dirasai
tanpa komunikasi jiwa sentiasa resah gelisah
tanpa komunikasi jiwa manjadi sepi
tanpa komunikasi tidak akan wujud cinta
tanpa komunikasi tidak akan ada perkongsian suka dan duka
tanpa komunikasi cinta bertepuk sebelah tangan

dengan komunikasi datangnya cinta
dengan cinta datangnya keasyikan
dengan keasyikan datangnya keikhlasan
dengan keikhlasan datangnya keyakinan
dengan keyakinan datangnya kekuatan
dengan kekuatan datangnya semangat

komunikasilah debgan Allah ape yang difikirkan
komunikasilah dengan Allah ape yang dilihat
komunikasilah dengan Allah ape yang didengar
komunikasilah dengan Allah ape yang dilakukan

komunikasi itu cinta
cintakan Allah adalah cinta paling Agung

ya Allah, aku sentiasa ingin berkomunikasi dengan MU ya Allah
aku ingin cerita segala-galanya dengan MU ya Allah
agar wujud rasa cinta kepadaMU dalam jiwaku ya Allah

fuad latif 07/01/09
article:jiwa positif dan hidup bertuhan

Saturday, May 1, 2010

Ku Damba Keampunan


Apabila aku terkenangkan janjiMu
Terasa gerunnya di hatiku
Betapa fakirnya fitrahku padaMu
Betapa jauhnya diriku dariMu
Sepanjang aku dibuai mimpi
Telah kulupakan janjiMu oh Ilahi
Lenaku masih belum terjaga lagi
Ya Allah sedarkanlah daku
Oh Tuhan kini ku telah jaga
JanjiMu takkan mungkir
Pada hamba yang ingkar
Diriku tidak kan terlepas
Kesalku makin menekan
Insafku kian meningkat
Apakah masih tersisakah titisan rahmat
Moga dirikuk dikurniakan berkat
Tidak tertahan diriku oh Ya Allah
Menanggung azab siksaanMu
Tidak sanggup merasa diriku Ya Allah
Menanggung kemurkaanMu
Ya Allah ampunlah kesalahanku
Ya Allah ampun keterlanjuranku
Ku memohon rahmat daripadaMu
Semoga dihazafkan dosaku

Judul : Ku Damba Keampunan
Album : Diari Rindu

Munsyid : Amar

Monday, March 29, 2010

Open Your Eyes

Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Munsyid : Maher Zain

Wednesday, March 24, 2010

KaWaN Vs SaHaBaT...(Fikir-fikirkan)


KAWAN???
ape makna kawan yang sebenarnya?
adakah kawan ni hanya mencari kawan bila diperlukan?
adakah kawan akan mementingkan diri sendirinya dahulu baru orang lain?

SAHABAT???
apa makna sahabat sebenarnya?
adakah sahabat akan susah & senang bersama2 sahabatnya?
adakah sahabat akan lebih pentingkan sahabat dahulu daripada diri sendiri?
adakah sahabat hanya seorang sahaja? boleh kah lebih dari seorang???
bila lebih dari seorang adakah kita betul2 dilayan sebagai seorang sahabat @ sebagai seorang kawan??
adakah bila bersahabat dengan lebih dari seorang sahabat, kita akan dilayan sama rata?
adakah sahabat betul2 memahami sahabatnya???
--------------------------------------------------------------------------------
adakah kawan akan lebih sayang kawan daripada sahabat sayang sahabatnya?
adakah persoalan ini berlawanan???
adakah kawan akan lebih berasa hati dengan kawan @ sahabat dengan sahabat???
siapakah yang lebih memahami kita???
adakah kita akan lebih mengenali sahabat daripada kawan @ sebaliknya??
ADAKAH SUATU MASA KAWAN LEBIH BAIK DARI SAHABAT?@ macam mana???