Monday, September 21, 2009

11/09/09-Pemergian seorang srikandi Islam


Pemergian srikandi Islam,rmai yg mgenalinya dgn akhlak yg tpuji..siti norhidayati bt saidi(5 dr kiri). Dia pg ke bumi mesir utk myambung pgajiannya dlm bdg perubatan,mgerja cita2nya dr kecil..6 thn,bkn skjp namun srikandi ini tdk mgenal wktu, dmi cita2nya utk mjd seorg doktor (keje yg mulia) dia tbh hadapi segala rintangan..puteri cempaka thu k.yati boleh n doakan k.yati tbh hdapi ujian d bumi asing..:-) Puteri cempaka n shbt2 malaysia tggu kepulangan DR.HIDAYATI...

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri & Keampunan





ni duit raya..:)...


kpd shbt yg dkt ngn ana


jemput la dtg braya di rumah......('',)

Tuesday, September 8, 2009

DOA UNTUK KEKASIH
Ya Allah ya Tuhanku..
Seandainya dia menjadi milikku
Tercipta untukku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Tetapkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini abadi....
Ya Allah ya Tuhanku....
Seandainya telah Kau takdirkan diaBukan milikku
Bawalah dia jauh dr pandanganku
dan peliharalah diriku dari kekecewaan....


Ya Allah ya Tuhanku....
berikanlah diriku kekuatan
melontarkan bayangannya ke dada langit
agar ku rasa bahagia
walaupun tanpa dirinya
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
meskipun tak sama dengan dirinya
seandainya dia datang menemuiku
cinta itu adalah cinta sejati
dan seandainya dia tidak datang menemuiku
anggaplah cinta itu tak wujud dari awal lagi.....
Ya Allah ya Tuhanku....
pasrahkanlah apa yang Engkau takdirkan
adalah yang terbaik untukku
kerana Engkau maha Mengetahui
bahagia yang terbaik untuk hambaMu ini....

Ya Allah cukupkanlah Engkau sahaja
yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat
dengarkanlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
jangan Engkau biarkan aku sendirian
di dunia mahupun akhirat
menjuruskan ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama
dapat membina kesejahteraan hidup yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padakuketurunan yang soleh...................