Tuesday, December 29, 2009

Erti Sahabat Sejati...

Niatku untuk merantau masih tetap terus membara,
Akan aku temui disana orang yang tidak aku kenal saat ini,
Akan aku temui mereka yang bodoh untuk bertukar pendapat,
Dan jika yang aku temui orang pintar,
Maka aku ingin meyamai kepintarannya.

AKU MENYINTAI SAHABAT-SAHABATKU,
Dengan seluruh jiwa ragaku,
Seperti aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah seiring sejalan denganku,
Dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup
Ataupun setelah aku mati...

Aku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan,
Kerana aku akan merasa senang,
Semakin banyak aku perolehi sahabat,
Aku semakin yakin pada diri sendiri.


Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati,
Yang sanggup bersamaku semasa suka dan duka,
Jika aku temui, aku berjanji
Akan selalu setia kepadanya.

*imam as-Syafie*

Monday, December 21, 2009

Jangan ditangisi sesuatu yang bukan milikmu

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan menghantarkan pada ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai.Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi jatah dan milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sedar ketentuan Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar ketentuan Allah: "yang pentingnya harus dia Ya Allah! Harus dia, kerana aku sangat mencintainya." Seakan kita yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi Allah tak menghulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang terpesong.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah: 216)

Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevannya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak.

Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Saturday, December 12, 2009

POKOK SEMALU...

(Untuk renungan bersama)

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama-sama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua dibawah sebatang pokok tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pokok semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah s.a.w dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pokok semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran daripada semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Thursday, December 10, 2009

SaHaBaT...


Pertemuan telah ditakdirkan….

antara kita tidak pernah dirancangkan..

mana la takdir hendak dilawan..

semuanya ketentuan Tuhan.


Wahai sahabat….sematkan semua kenangan

yang telah bersama-sama kita lalui …

suka dan duka memhulur impian …

moga teguhnya ikatan ini..


Sahabat yang amat ku kasihi…

susah senang kau disampingku…

kehadiran dikau di sisi..

mengubat sepi dihatiku….


Wahai sahabat sematkan semua kenangan….

yang telah bersama-sama kita lalui..

suka dan duka memburu impian..

moga teguhnya ikatan ini…


Sahabat yang amat ku cintai..

susah senang kau di sampingku…

walau kini hilang di mata..

namun kau tetap di hatiku…


Sahabat bertuahnya ku rasa…

mendapat teman sepertimu…

membimbing menasihatiku…..

hanya 1 dlm beribu……..


Sahabat yang amat ku cintai…

susah senang kau di sampingku..

walau kini hilang di mata..

namun kau tetap di hati ku..


Namun kini hanya tinggallah kenangan …

pertemuan kita di lamar perpisahan…

kemesraan bermegar di akhir perkenalan…

sayu menitiskan air mata ku.

Wednesday, December 9, 2009

Sebagai renungan dan peringatan buat diriku dan sahabat2 yg lain


Hawa,

Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,
andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang
meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu ,
ingatlah hawa janji Tuhan kita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya,
lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya,
serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.
Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting
pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.
Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta
kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah
perkahwinan.


Oleh itu hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah
memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu ,
cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang
membahagiakan dirimu.


Hawa..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.

*Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkan kata-kata kebaikan.

*Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

*Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing,berbagilah makanan dengan mereka yang
kelaparan.

*Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan
jemarinya setiap hari.

*Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan
anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

*Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk
kembali,dan diampuni.
Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda.
Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa.
Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terhulur.
Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan,
satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

*Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya,
atau cara dia menyisir rambutnya.

*Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia.Kerana di matanyalah
terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

*Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni,
terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia
berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu

SeiNDaH HiaSaN aDaLaH WaNiTa SoLeHaH

Wednesday, December 2, 2009

LeMaHNya DiRi iNi...

Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah meng
uji
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini
Baru saja
bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini
Baru sekelumit
keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sikit
kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

Lemahnya diri ini
Baru sikit
buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang

Lemahnya diri ini
Bila suatu
kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini
Baru
diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri

Lemahnya diri ini
Jalan
dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

Lemahnya diri ini
Asyik
lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling

Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut
seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi

Lemahnya diri ini
Lupa matlamat
lupa syari’at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…


Ya Allah…

Lemahnya diri ini.. Kami pohon kekuatan daripadaMu Tuntunilah langkah kami Biar hanya mampu merangkak Itu pasti lebih baik Daripada terus rebah dalam kaku Berikan kami peluang Merentasi jalan yang Engkau redhai Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilan kami mengenal makna Kasih sayangMu...Ya Rabbal’alamin.

Wednesday, November 25, 2009

Di bawah ini ada surat cinta buat kita semua. Semoga kita bisa lebih menghargai cintaNya ..

" Hamba-Ku menyombongkan diri terhadap-Ku

padahal Akulah yang melindungi mereka di tempat tidur mereka

Antara-Ku dan jin serta manusia terjadi berita besar :

bahwa Aku yang telah menciptakan mereka

namun yang disembah adalah selainKu

Aku yang memberi rizki, namun selain-Ku yang disyukuri

Kebaikan-Ku senantiasa turun kepada hamba-Ku,

tapi kejahatan mereka yang naik kepada-Ku

Aku mencintai mereka dengan memberi ni'mat2 Ku

sedangkan Aku tiada membutuhkan mereka

mereka memancing kemurkaan-Ku dengan berbagai kemaksiatan

padahal mereka adalah yang paling butuh kepada-Ku

Siapa-siapa yang datang kepada-Ku,

akan Kujemput ia dari kejauhan

Siapa-siapa yang berpaling dari-Ku,

maka Aku akan memanggilnya dari kejauhan

Siapa-siapa yang meninggalkan sesuatu demi Aku,

Aku berikan padanya, lebih dari cukup

Siapa-siapa yang menginginkan keridhaan-Ku,

Aku pun akan menginginkan apa-apa yang dingininya

Siapa-siapa yang bertindak dengan mengandalkan kekuatan-Ku,

maka akan Kulunakkan besi baginya

Orang yang mengerjakan maksiat,

tidak akan Kubuat mereka berputus asa dari rahmat-Ku

Jika mereka bertaubat kepada-Ku,

maka Aku akan menjadi kekasih mereka, sebab Aku mencintai

orang yang bertaubat dan mensucikan diri

Jika mereka tidak bertaubat kepadaku,

maka Aku akan menjadi tabib bagi mereka, Aku berikan cobaan

untuk membersihkan mereka dari berbagai aib

Dan siapa-siapa yang lebih mementingkanKu dari selain-Ku,

maka Aku akan lebih mementingkannya dari orang lain

Satu kebaikan di sisi-Ku adalah

senilai sepuluh kali lipat yang sepertinya,

hingga tujuh ratus kali lipat,

hingga kelipatan yang sangat banyak

Sedangkan kejahatan di sisi-Ku, adalah bernilai satu

Maka jika ia telah menyesal dan memohon ampun,

Aku pun mengampuninya

Aku mensyukuri amal kebaikan yang sedikit,

dan mengampuni banyak kesalahan-kesalahan

Kasih sayang-Ku mendahului murka-Ku

Sifat penyantun-Ku mendahului keputusan-Ku menjatuhkan sanksi

Pemberian maaf-Ku lebih mendahului siksa-KU

Aku lebih pengasih kepada hamba-hamba-Ku,

daripada kasih sayang ibu kepada anaknya... "

(hadist qudsi dari buku "Menggapai Manisnya Iman-Butir ma'rifatuLlah

Ibnul Qayyim Al-jauziyah" oleh Syaikh Shaleh Syadi - tidak disebutkan

perawinya )

Kewajipan bertaubat

Perintah bertaubat termaktub di dalam al-Quran seperti di ayat-ayat yang bernaksud berikut:"Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun." (Nuh: 10). "Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." (an-Nur: 31 )"Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha." (at-Tahrim : 8)

Menurut Imam an-Nawawi: "Para ulama berkata, bertaubat daripada setiap dosa hukumnya adalah wajib.” Yang demikian, selain daripada wajib, taubat harus dikhususkan kepada sesuatu jenis dosa dan kesalahan. Maka wujudlah taubat kafir, taubat nifaq, taubat zina, taubat riddah, taubat bunuh, taubat minum arak, taubat mencuri, taubat menyamun, taubat memberi dan menerima rasuah, taubat menipu, taubat mendedah aurat, taubat merogol, taubat meliwat, taubat onani, taubat menagih dadah, taubat vandalisme dan 1001 jenis dosa biarpun setinggi gunung dan seluas samudera.

Taubat yang hakiki ialah taubat nasuha yang bermaksud taubat yang tulus dan bersungguh-sungguh sehingga orang yang bertaubat tidak mengulangi perbuatan dosanya, menyesali dengan hati dan meminta ampun dengan lisan seperti dengan lafaz bermaksud: ‘Aku memohon keampunan Allah yang Maha Besar tiada Tuhan melainkan Allah, Dialah yang Maha Hidup, Maha Berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya.’ Atau sekurang-kurangnya ‘Aku memohon ampunan kepada Allah dan bertaubat ke-padaNya’.

Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah bagaimanapun cuba melihat amalan taubat dari

perspektif yang mudah dan tidak pula menyusahkan. Taubah, nadam dan istighfar menurut beliau bukanlah suatu yang memenatkan, bukan kerja berat yang membabitkan tulang empat kerat. Ia merupakan kerja yang berpusat di hati. Yang dengannya, menjadi persiapan untuk masa akan datang, sebagai perisai daripada segala dosa. Pandangan Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah ini telah meluaskan skop taubat yang tidak terbatas kepada masa lepas malah untuk masa akan datang – taubat bukan sekadar penghapus dosa malah sebagai perisai dosa.

salam MUHASABAH....

Thursday, November 5, 2009

"Jengka-Cinta Pertama Ana"

Siapa sangka,ketidak ikhlasan ana ke uitm jengka..telah menemukan ana dgn sbuah memory yg tlalu indah.."Tiada kata yg trucap"..Dijengka ana mgenali erti ukhwah,erti kesusahan,erti kesenangan,erti kasih sayang dan yg pling trasa sekrg erti sbuah kerinduan..

"Hidayah Allah" tlalu istimewa,tdk smua manusia tpilih..Bsyukurlah shbt coz kt insan tpilih..w/p liku pjalanan hidup kt brubah mjd lbh complicated namun seandainya kt mghargai hidayah itu insyaAllah kt mrasa nikmat didunia dan akhirat..Ana mdoakn smoga shbt2 & diri ana yg daif ini stiasa istiqamah dlm mghargai hidayah ini..amin.

"Sahabat" istilah baru suatu ms dl kini sring kali meniti dibibir ana,trasa dgn sahabat,gmbira dgn shbt pkara normal dlm sbuah psahabatan coz ALLAH..Why?? Syaitan mcemburui manusia yg bkasih syg kerana ALLAH..If trasa dgn shbt,try lawan krana if kita ikut kata hati,tu mnunjukkan kita tpdaya hasutan syaitan n syaitan menang..Malu kita pd ALLAH..

"Rindu",suatu ungkapan yg ssh nk dilafazkn tp bila bjauhan dgn shbt2..hnya Allah je yg tahu.. Smoga ikatan yg btaut coz Allah bterusan w/p jarak memisahkn kt n kesibukan mbataskn hbgn kt,namun ingatlah shbt kasih syg antara kt stiasa subur..Maafkan ana seandainya tdk dpt mjadi shbt yg baik,tdk bsama d saat ssh & senang..Pd 7 adik2 ana(fana,lina,nus,ana,tiqah,sya,syaza), maafkn akak coz x dpt jd kakak yg sempurna utk adik2..tp akak stiasa syg & rindu adik2 w/p akak lme x msj,msj x tbalas & tlepas pkmbgan adik2 akak,cuma akak bangga dgn adik2 akak.. Pd shbt2 eac,Le & shbt2 ln kuatkn smngat,InsyaAllah shbt2 mampu mneruskn keje Islam..ana stiasa mdoakn shbt2 di jengka..Puteri cempaka,,kerinduan kt bsama stiasa mgamit kerinduan..

Ikhlas: Puteri ke-2

Wednesday, November 4, 2009

SUBHANALLAH

Salam peringatan...


Ya ALLAH....petunjuk apakah ini....
Kpd shbt2...ni sbgai p'kongsian myb ade rmai shbt2 yg mngetahui hal ini... Dgn kelalaian kita pdNYA.. dh b'mcm2 jenis petunjuk yg ALLAH turunkan tuk melihat kebesaranNYA..
tp adkh kita m'hayatinya, @kita memuhasabahkn dri kita @ m'biarkn petanda yg ALLAH tnjuk itu dgn tdk m'beri sbrg kesan kedlm jiwa kita?Menurut peristiwa lingkaran putih pd bulan beberapa hari lepas...ana berkesempatan jgk tuk melihat sendiri ngn mata kasar pada 31hb10.2009 pd jm(x sure plk)...mmg jelas...tp time tu nak cepat...esok pagi ade paper CTU553..so tgk pn skejap je...cuba shbt2 perhatikan pic di bwh ni...bgtu jelas kelihatan kalimah ALLAH di dlm lingkaran t'sebut...tp time ana tgk 2 ana n shbt2 yg lain x perasan sgt...yg jelas lingkaran tu je...nk amik gmbr ngn hphone x clear..ni ana dpt pic ni dr blog ni..http://secubitgaramnor67.blogspot.com/2009/09/bulan-di-pagar-pelangi.html.


Sebelum ni ade berita tentang ayat2 alQuran pd kulit bayi di RUSIA...subhanaALLAH...amt menakjubkan kbsrn MU ya ALLAH...

http://www.youtube.com/watch?v=NmBC4oEDiQU

http://www.youtube.com/watch?v=jmsTQMqZaMo

Di sebalik sume kjdian ini sbnrnya ALLAH msh sygkn kita sume umat Nabi Muhammad S.A.W krna msih m'beri peluang tuk b'taubat menuju REDHANYA...Dgn ini berebutlah peluang yg msh b'sisa ini tuk b'taubat kpdNYA tuk m'dpt n mrasai nikmat cinta dariNYA..semoga kita mencapai cita2 tuk mati dijalanNYA...insyaALLAH...amin...

Monday, November 2, 2009

Lirik Lagu Rintihanku~As-Saufee


Jauh perjalanan
Telah ku jelajahi
Membawa seribu impian
Berbekal pengalaman
Mampukah aku melangkah
Menuju satu daerah
Masihkah ada sinar yang menanti
Masa dijanji pasti tiba
Ku kan dijemput ke sana
Bimbang langkahku terhenti
Ku terpaut di persimpangan
Tak inginku mengingati
Detik hitam semalam
Tinggallah semua menjadi kenangan
Kerana MU kan ku gagahi
Untuk terus sisa hidup ini
Biar ku tebus segala dosa
Selagi jasad bernyawa
Leraikanlah resah hatiku
Padaku hanya ENGKAU yang Satu
Belum pernahku terasa hebatnya cintaMU
Sesungguhnya ENGKAU mengerti
Apa tersirat di dalam diri
Ku pohon rasa kasih yang abadi
Jujur ikhlaskah diri ini
MenyintaiMU sepenuh hati
Ataukah sekadar bila di uji
Rahmat dan kasih tiada sempadan
Biarpun jiwa dalam kelalaian
Dihasut dengan pelbagai godaan..

Monday, October 26, 2009

Mutiara Kata




Jgn t'lalu tinggi menulis,tetapi jgn pula t'lalu rendah. Itulah karangan yg agung. Sejarah adlh politik masa lampau & politik adlh sejarah skrg.
Seseorang gadis apabila berada di sisi seorg jejaka mestilah b'sikap seperti bunga yg menginsafi keharumannya.
SAHABAT yg sejati adlh org2 yg dpt b'kata benar denganmu,bukannya org yg dpt m'benarkan kata-katamu.
4 perkara amalan budiman adlh m'jauhkan ckp kosong, m'jauhi tgn drpd m'ganggu, cepat m'berikan p'hargaan & lambat m'jatuhkan tuduhan.
SAHABAT itu umma bayang2, apabila terang nampaklah ia & apabila gelap hilanglah ia.
Jika kita tidak dpt memiliki apa yg kita suka, sukailah apa yg telah kita miliki.Kehidupan merupakan suatu nostalgia p'jalanan, kematian merupakan kenyataan yg sebenarnya.
Kejayaan merupakan sebuah tangga, di mana anda tidak boleh m'dakinya dgn tangan menyeluk saku.
Memburu cinta memang baik, tetapi cinta yg dtg tanpa diburu seribu kali lebih baik lagi.
Persahabatan adlh perisai bagi segala bencana & segala peristiwa yg t'jd pd setiap zaman. Berhati-hati memilih kawan, tetapi lebih b'hati-hati lagi apabila b'tukar pasangan.
Cara t'baik m'hukum org yg telah melakukan kesalahan t'hadap kita ialah dn b'buat baik kpdnya.
Kecantikan wanita seperti kaca yg tidak b'makna tanpa dihiasi dgn jiwa yg tulus.
Lebih baik m'jd p'dgr yg bijak drpd m'jd pemerhati yg kaku & tdk tahu apa2.
Manusia biasanya lebih m'hargai sesuatu yg sukat diperolehi tetapi sering melupakan nikmat yg telah t'sedia.
Nikmat seta kebahagian yg kita rasai pd hari ini adlh bukti kesungguhan usaha kita pd masa yg lalu.Melakukan sesuatu perkara dgn tujuan utk m'dptkn ganjaran adlh lambang manusia yg materialistik.
Jambatan m'jd p'hubung antara 2 buah kampung, p'kahwinan m'jd p'hubung antara 2 insan & ank m'jd p'hubung antara emak & ayah.
Seseorg yg b'gelar pakar adlh seorg yg byk pengetahuan ttg kekurangan bukannya pengetahuan ttg kelebihan. Laksanakanlah apa yg dicita-citakan & sebaliknya padamkanlah apa shj yg diangan-angankan.
Jgn mengukur kebijaksanaan seseorg hanya krna kepandaian b'kata-kata ttp juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.
Kebencian akn m'bawa 2 sahabat m'jd musuh, 2 pemimpin akn b'telingkah, 2 negara akn b'golak & 2 benua akn musnah. Setitik dakwat m'buat sejuta manusia b'fikir tentangnya.
Kehidupan ini diibaratkan sebuah pentas & makhluk yg b'gelar manusia adlh pelakon utamanya. Semua manusia tahu bagaimana hendak b'ckp ttp tidak semua org tahu bila dia patut b'cakap.
Kurang ilmu boleh ditambah, kurang pandai boleh belajar, ttp kurang kejujuran, payah & sukar menambah & m'pelajari kecuali dgn kemahuan yg luar biasa.
Ada 2 cara seseorg itu tdk blh b'jaya iaitu org yg hanya mengerjakan apa yg disuruh & org yg tdk mahu mengerjakan apa yg disuruh.
Jgn disampaikan & dipertaruhkan rahsia kpd org yg belum dipercayai benar krna m'pertaruhkan rahsia kpd mereka bererti m'buka rahsia itu.
Kepapaan m'buat seseorg yg petah b'ckp m'jd m'diam & mnyebabkan seseorg yg bijak m'jd bodoh. Apabila anda berada di puncak sebuah gunung jgn sesekali anda lupakan rumput d bwh yg ernah anda pijak.
Kebijaksaana m'janjikan kejayaan & kebahagiaan ttpjika disalahgunakan akn mewujudkan perderitaan.
Kenangilah kesilapan pd masa lalu agr t'bina sempadan di masa akan dtg.....
SeLaMaT MeNdUdUkI FiNaL eXaM...LaKuKaN YaNg TeRbAiK DeMi IsLaM...iNsYaALLAH...

Monday, September 21, 2009

11/09/09-Pemergian seorang srikandi Islam


Pemergian srikandi Islam,rmai yg mgenalinya dgn akhlak yg tpuji..siti norhidayati bt saidi(5 dr kiri). Dia pg ke bumi mesir utk myambung pgajiannya dlm bdg perubatan,mgerja cita2nya dr kecil..6 thn,bkn skjp namun srikandi ini tdk mgenal wktu, dmi cita2nya utk mjd seorg doktor (keje yg mulia) dia tbh hadapi segala rintangan..puteri cempaka thu k.yati boleh n doakan k.yati tbh hdapi ujian d bumi asing..:-) Puteri cempaka n shbt2 malaysia tggu kepulangan DR.HIDAYATI...

Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri & Keampunan





ni duit raya..:)...


kpd shbt yg dkt ngn ana


jemput la dtg braya di rumah......('',)

Tuesday, September 8, 2009

DOA UNTUK KEKASIH
Ya Allah ya Tuhanku..
Seandainya dia menjadi milikku
Tercipta untukku
Dekatkanlah dia padaku
Satukanlah hatinya dan hatiku
Tetapkanlah kemesraan antara kami
Agar kebahagiaan ini abadi....
Ya Allah ya Tuhanku....
Seandainya telah Kau takdirkan diaBukan milikku
Bawalah dia jauh dr pandanganku
dan peliharalah diriku dari kekecewaan....


Ya Allah ya Tuhanku....
berikanlah diriku kekuatan
melontarkan bayangannya ke dada langit
agar ku rasa bahagia
walaupun tanpa dirinya
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
meskipun tak sama dengan dirinya
seandainya dia datang menemuiku
cinta itu adalah cinta sejati
dan seandainya dia tidak datang menemuiku
anggaplah cinta itu tak wujud dari awal lagi.....
Ya Allah ya Tuhanku....
pasrahkanlah apa yang Engkau takdirkan
adalah yang terbaik untukku
kerana Engkau maha Mengetahui
bahagia yang terbaik untuk hambaMu ini....

Ya Allah cukupkanlah Engkau sahaja
yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat
dengarkanlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
jangan Engkau biarkan aku sendirian
di dunia mahupun akhirat
menjuruskan ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama
dapat membina kesejahteraan hidup yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padakuketurunan yang soleh...................

Friday, August 21, 2009

SALAM KESYUKURAN..... (",)


SALAM RAMADHAN...
Syukur alhamdulillah krn msh diberikn kesempatan tuk mrasai n menjalani hidup dibln RAMADHAN ni....1st SOLAT TERAWIH amt di nantikn..alhamdulillah MASJID dipenuh stdnt...walaupun permulaan puasa kali ni berjauhan dari keluarga, namun ketidaksabaran tuk menyambut bulan mulia ini amat la ketara...syukur alhamdulillah...ALLAH SWT msh memberi kesmptn pada dri ini dan umat ISLAM seluruh dunia....
22ogos2009 penuh bermakna dlm sejarah hdp ku...alhamdulillah...hadiah yg amat bermakna tuk driku dlm hidup yg dikurniakn drpd PENCIPTA...1st puasa RAMADHAN kali ni genap la usia ku 21thn....Semoga ia memberi 1 makna yg amat besar dlm hdupku & akn memberi lbh sinar chya untuk ku mnuju REDHANYA...insyaALLAH...amin...
Kepada SAHABAT2,TEMAN2 & SANAK SAUDARA syukran JZKK krna msih mngingati insan yg serba kekurangn ini......(",)
Dikesempatan ini, ingin ku smpaikn "semoga Ramadhan kali ni membawa 1001+++ maghfirah dan limpahan keberkatan dari yang Esa...moga Ramadhan kali ni juga lebih baik dari yg lepas...SELAMAT BERPUASA & BERAMAL IBADAH...Salam kemaafan dari kejauhan...jaga diri hiasi peribadi...UkHWaH FiLLaH aBaDaN AbADa..(",)
~PuTeRi BoNgSu~22Ogos2009~01.50am~

Sunday, August 16, 2009

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN


By Dr. Sano Koutoub Moustapha,Professor of Jurisprudence and its Principles,International Islamic University,Malaysia.


Let us keep praying Almighty Allah to bless us in the month of Sha`ban and give us the chance to fast the month of Ramadan.


For better preparation for the holy month of Ramadan, I propose the following:


1. Keep praying daily that Allah gives us the chance and grants us good health that will enable us to fast the holy month.


2. Start repenting and seeking the forgiveness of the Almighty for all our wrongdoings before Ramadan.


3. Seek the strength from Allah to fast in the way that He likes and wants.


4. Seek forgiveness from all members of your family, workmates, neighbors, and relatives for any wrongdoing against them.


5. Refrain from backbiting, slandering, and unlawful mixing with people.


6. Clean your heart and soul from envy, jealousy, hypocrisy, arrogance, and all heart diseases.


7. Seek the blessings of your parents, if they are alive, and their forgiveness for your shortcomings towards them.


8. Increase your du`aa' and commitment to your daily duties and obligations.


* With this, I think, we will be able to achieve the main goals of fasting. insyaAllah..=)

Wednesday, August 12, 2009



Sungguh mengejutkan.
Saya menerima sms daripada Ustaz Zabidi Mohamed kira-kira jam 11:40 pagi tadi.
Ustaz Asri Ibrahim, vokalis kumpulan nasyid nombor satu negara, Rabbani, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 11 pagi tadi. Beliau yang sedang menjalani rakaman program Syahadah di RTM, rebah, dipercayai akibat serangan jantung. Ustaz Asri Ibrahim dibawa ke Hospital Pantai dan diisytiharkan meninggal dunia di situ.
Kehilangan Ustaz Asri Ibrahim amat dirasa kerana beliau dan nasyidnya di dalam kumpulan Nadamurni dan kemudiannya Rabbani, telah saya dampingi semenjak di usia kecil. Nasyidnya, zikirnya, doanya, malah tazkirah dan nasihatnya, adalah peneman diri dalam kehidupan dan perjuangan. Moga segalanya menjadi amal kebaikan peneman diri beliau dalam kembara pergi tak kembali itu.
Memetik ucapan Ustaz Asri Ibrahim di blog beliau:
“Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat, dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…“
Semoga Allah melimpahkan seluas-luas rahmat, keampunan dan kasih sayang-Nya ke atas roh Almarhum, dan mengurniakan sabar dan tabah sebanyak-banyakkan buat seluruh ahli keluarga beliau.
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” [al-Baqarah 2: 156]
copy write by:saifuislam.com
"semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman"amin..

Monday, August 10, 2009

Saturday, August 1, 2009

KITA Sebenarnya.........

Kita sebenarnya......
Lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram
Lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.
Lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.

Lebih suka lepak, tidur, menonton tv daripada solat
Lebih kenal artis pujaan daripada mana-mana Nabi.
Lebih suka menyebut hello daripada menyebut Assalamualaikum.
Lebih suka nyanyian rap daripada wirid atau tahmid.
Lebih suka memuji manusia daripada memuji Tuhan.
Lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku agama.
Lebih suka konsert dan karaoke daripada ceramah agama.
Lebih suka mengumpat daripada memuji.

Lebih suka mencarut daripada menyebut Masyaallah.

Lebih suka kemungkaran daripada kebaikan.
Lebih berbangga dengan kejahilan daripada syukur dengan keimanan.

Lebih cintakan uruan dunia daripada akhirat.



TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita akan jawab...............
Kita sebenarnya.....
Lebih suka menuju ke syurga daripada neraka.
Tetapi layakkah kita dengan syurga milik Allah?



* Fikir-fikirkanlah sahabatku.... -Untuk peringatan diri kita bersama-

Tuesday, July 28, 2009

RINTIHAN


Oh Tuhan...

Aku pasrah padaMU...

Ampunkan segala dosaku..

Aku ini hanyalah hambaMu...

Yang lemah lagi hina...



Ku serahkan cintaku ini..

Hanya padaMU oh Ilahi...

Hati ini amat merindui..

CintaMU yang hakiki..



Tuhan dengarkanlah...

Rintihan hambaMu..

Yang amat mengharapkan..

Belaian RahmatMu..



Oh Tuhanku terimalah..

Dari sedar taubatku..

Agar dapatku pasrah..

Hidupku kepadaMu..



Oh Tuhan..

Aku pasrah padaMu..

Ampunkan segala dosaku..

Aku ini hanyalah hambaMU..

Yang lemah lagi hina..



Ku merintih di malam hari...

Menangis seorang diri..

Hanya semata pengharapkan..

Keampunan Mu Tuhan..



Tuhan dengarkanlah..

Rintihan hambaMU..

Yang amat pengharapkan..

Belaian RahmatMu..



Ku tadahkan doa..

Mohon dan terus meminta..

Agar KAU bisa terima..

Taubat dan pasrahku...



Oh Tuhan...

Aku pasrah padaMu..

Ampunkan segala dosaku..

Aku ini hanyalah hambaMU..

Yang lemah lagi hina..



Ku serahkan cintaku ini...

Hanya padaMu oh Ilahi..

Hati ini amat merindukan..

CintaMu yang hakiki..



Hanya semata mengharapkan..

KeampunanMu Tuhan..

CintaMu yang hakiki..

KeampunanMu Tuhan...



~Rintihan.mp3~


Sunday, July 26, 2009

Beberapa Ucapan Para Tokoh Terdahulu Tentang Akhlak




Telah berkata putera Lukman kepada ayahnya : "Ayah, hal apa yang paling baik untuk manusia?"

"Agama,"jawab Lukman.

"Kalau dua?"Tanya si anak lagi.

"Agama dan harta."

"Kalau tiga?"

"Agama, harta dan rasa malu."

"Kalau empat?"

"Agama, harta, rasa malu dan akhlak yang baik."

"Kalau lima?"

"Agama, harta, rasa malu, akhlak yang baik dan kedermawanan."

"Kalau enam?"

"Wahai anakku," jawab Lukman. "Jika kelima hal tersebut terhimpun dalam diri seseorang, maka ia adalah seorang yang berhati suci, bertakwa, kekasih ALLAH dan terhindardari syaitan."

Al-Hasan pernah berkata: "Barangsiapa buruk akhlaknya, sungguh ia telah menganiaya dirinya sendiri."

Anas bin Malik berkata: "Seorang hamba dengan akhlaknya yang baik dapat mencapai darjat tertinggi di syurga, sedangkan ia bukanlah seorang ahli ibadah. Dan dengan akhlaknya yang buruk akan terhempas ke dasar paling bawah neraka Jahanam, sedangkan ia seorang ahli ibadah.

Dan telah berkata Yahya bin Mu'adz: "Dalam kelapangan akhlak tersimpan harta karun rezeki."

Dan telah berkata Wahab bin Munabbih: "Perumpamaan seorang yang berakhlak buruk adalah seperti tembikar yang pecah, tidak dapat ditampal dan tidak pula dapat dikembalikan menjadi tanah semula."

Dan telah berkata Al-Fudhail: "Sekiranya aku ditemani seorang pendosa yang baik akhlaknya, lebih kusenangi daripada aku ditemani seorang ahli ibadah yang buruk akhlaknya."

Ibn Al-Mubarah pernah mendapat seorang teman seperjalanan yang buruk akhlaknya. Namun ia tetap bersabar dan sentiasa berusaha mengikuti kemahuan temannya itu. Dan ketika akhirnya mereka berpisah, Ibnu Al-Mubarah menangis. Seorang menanyakan hal itu kepadanya, dan ia pun berkata : "Aku menangisi orang itu. Kini aku telah berpisah darinya, sedangkan akhlaknya yang buruk masih bersamanya, tidak berpisah darinya."

Dan telah berkata Al-Junid: "Empat perkara yang mengangkat seseorang ke darjat tertinggi, meski amalan dan ilmunya hanya sedikit sahaja; kesantunan, tawadhu' (kerendahan hati), kedermawanan dan kebaikan akhlak. Itulah pula kesempurnaan iman."

Dan telah berkata Al-Kinani: "Tasauf adalah akhlak. Siapa saja yang mengagumimu dalam tasauf."

Umar bin Khaththab r.a pernah berkata :" Pergaulilah manusia dengan akhlak dan bersainglah dengan mereka dalam amalan."

Yahya bin Mu'adz berkata :"Akhlak yang buruk adalah kejahatan yang mengakibatkan tak bergunanya perbuatan baik walaupun banyak jumlahnya. Sedangkan akhlak yang baik adalah kebajikan yang mengakibatkan tidak berpengaruhnya perbuatan buruk walaupun banyak jumlahnya."

Abdullah bin Abbas pernah ditanya: "Apa kemuliaan itu?" Maka ia menjawab: " Kemuliaan adalah sebagaimana dijelaskan oleh Allah dalam kitabNya yang agung: 'Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa dari kamu.' (Al-Hujurat:13)." Kemudian is ditanya lagi: "Apa ketinggian darjat seseorang?" Jawabnya :"Yang paling baik akhlaknya di antara kamu adalah yang paling tinggi darjatnya."

Ibnu Abbas juga pernah berkata :"Setiap bangunan memiliki tiang, dan tiang Islam adalah akhlak yang baik."

Dan telah berkata 'Atha' :"Tidak seorang pun meningkat martabatnya kecuali dengan akhlak yang baik."

Dan tidak seorang pun meraih kesempurnaan akhlak selain Rasulullah, Al-Musthafa S.A.W. Oleh kerana itu, manusia-manusia yang paling dekat kepada beliau adalah mereka yang mengikuti jejaknya dengan akhlak yang mulia.


~Menyuci & Mengubat PENYAKIT HATI `Zainuddin Mustabaie'~


By Puteri Bongsu >> HOPE ape yg t'coret pd artikel kali ni dpt m'buka minda pembaca betapa besarnya kepentingan akhlak pada dri seseorang muslim untk dunia dan akhirat....amin..<<

Wednesday, July 1, 2009

GEMBIRA+SEDIH...MEAN??

Salam,pd shbt2 yg ana sygi..Kali nie nk kgsi kegembiraan n ksedihan puteri2 cempaka.. Tengahari arini,pteri ke-3 mlawat pteri bongsu..gembira:-)) byk yg diborakkn..Ana hrp suatu hri nti keempat2 pteri cempaka dpt bkumpul,kgsi susah senang sm2 spt sblm nie.. Diharapkn jarak x memisahkn ukhwah atra kt..Rindunya kt pteri2 cempaka. Esk dh nk btolak ke KL,InsyaAllah kt dpt jmpe lg ye pteri bongsu..Sedih time nk bpisah dgn pteri bongsu td. InsyaAllah nti pteri ke-3 mlwt pteri sulong n ke-2..

Sedih coz thu kdaan MMS n adik2 di jgka..Akak n pteri cmpaka doakn smua bjalan dgn lncar dgn ptunjuk n kredhaan Allah..Don't give up,smua tu ujian dr Allah..Msti da hikmah di sebalik smua yg tjd..

Kata2 hikmah ni ana send pd seseorg mlm ni,sebutir mutiara dlm hidup ana..Ana da 7 mutiara, mereka lh yg myinari hdp ana n slh 1 sbb ana mmpu bthn dijalan yg mulia ini..Skrg ana tujukn kata2 hikmah nie utk smua shbt2.

"Setiap ujian yg mdtg pasti da hikmahnya,yakinlah dlm diri bhwa stiap kesusahan yg kt tempuhi akn da kesenangan yg menanti dipenghujungnya. Sesuai dgn firman Allh Sesungguhnya slepas kesulitan itu psti da hikmah (Al Nasyrah:1-8) Cukuplh Allah bgku,tiada Tuhan slain diriNya.Hanya pdNya ak btawakal(Al Taubah:129)"Amin..

Tuesday, June 30, 2009

CINTA YANG AGUNG...

Assalamualaikum...

Puas sudah ku cari kebahagiaan
Di sisi teman2
Ku hanya dapat kelalaian
Ku cari lagi
Di hati seorang kekasih
Ku hanya dapat kekecewaan
Dan aku terus mencari
Dalam meniti hari penuh kekosongan.

Dimana harus ku mencari
Membawa sekeping hati
Yang sarat kerinduan
Rindu yg tiada haluan

Aku keliru sendiri
Apa yg kucari?
Apa yg ku perlukan?
Yang pasti kekosongan hati ini
Minta diisi

Sejenak aku tersedar
Aku mencari cinta yg agung
Buat jiwaku yg merindukan
Hakikat kebenaran
Cahaya yg m'belah kegelapan
Melimpah cemerlang
Mengisi kekosongan

Ku sedar
Destinasi ku disini
Ku mencari Mu Tuhan
Mengharap keredhaan
Menagih kebahagiaan
Dari sinar cahaya iman....

Monday, June 29, 2009

KITA MERANCANG TP ALLAH TENTUKAN..


Salam,adik2 n shbt2 kt jengka skrg..Maaf akak x dpt turun jengka dlm mggu MMS bkn x nk tp kdaan disni lbh memerlukn akak skrg..Asalnya dh rncang nk trun n msk utk adik2 n shbt2 yg bkerja time MMS nk bt suprise but dh sampai stesen bas nk beli tiket ke jengka,kt kaunter tiket Sri Jengka(satu2 bas direct dr trg ke jengka) tiba2 trima msj.."Salam,ana plu ptlgn nti if x leh involve spnuhnya belakang tabir jd lh.." Lme jg t'menung ats motor kt stesen bas,fkir mne lbh Aula..msj Lead LE tye kdaan kt sne allhamdulillah rmai shbt trun so fkir2 blik ana@akak stay kt ganu..Ana x dpt involve direct,rs bsalah sgt2 tp apakah daya..ana dh try tp utk kselamatan bsama ni mybe tbaik..Allah lbh thu pa tbaik. Suatu hari nti ana hrp ana bpluang utk bebas 'b'prog'..

Akak doakn adik2 kt jengka tabah hdapi mggu MMS,akak fhm coz akak pnh alami..26 jam direct x tidur,khbisan energy tp niat utk Islam kt msti gagahkn diri..Pesanan akak yg kerdil disisi Allah

"Biarlh kt 'terbang' didunia bt keje Islam,InsyaAllah if kt ikhlas coz Allah kt terbang b'sm bidadari n pasangan kt di Syurga"..

Rs kecendung,penat,keseorgn,rs shbt x memahami kt,sdh xdpt nk balance stdy,stress n mcm2 lg..Smua ni blh bt kt jauh dr Allah,tp B'prasangka baiklh dgn Allah,, testimoni ana n bbrpa shbt,byk x hbis stdy n if stdy x dpt nk fokus btl2 coz fkiran nk slesai mslh yg x slesai lg expecially time fnal sem lps(last sem),,shbt2 thu pa yg t'jd kdaan syrkt yg kritikal n pteri cempaka thu pa ana alami,time tu ana rs bslh pd anak buah ana,shbt2 n rmate ana coz time msg2 nk fokus stdy tp ana slalu kuarkn arahan bt ni,bt tu..Maaf ana shbt2,,maaf x cuba memahami shbt2,ana dh try slesai tp tnpa shbt2 ana x mmpu nk bt..Ana thu msti shbt2 fkir ana p'desak..ana mtk maaf,tu je ana blh katakn.. Brkt ptlgn Allah smua ok,Allhamdulillah..

Kunci m'dpt ketenangan Allah:

i) B'prasangka baik dgn Allah.
ii) Bykkn solat sunat,if blh brusaha bgn qiam.
iii) Selalu slt bjemaah kt rumah Allah,byk hbiskn wktu kt rmh Allah(x slh stdy kt
masjid@surau) iv) Pa sje kt bt niat coz Allah

Okey,byk lg nk tls tp nti if pjg2..bosan plk ye..ok,wassalam dl utk kali nie:-)

Thursday, June 25, 2009

KAU TERIMALAH CINTAKU!!!!



Aku sanggup lakukan apa sje utk mdpt cintaMu (kata2 ini mybe slalu ana n shbt2 ungkapkn selepas solat) Tp btl ke kt sggup bt pa sje?? Pa buktinya?? Impian d hati ingin syahid dijalan Allah spt keluarga Dr Nizar Abdul Qadir Rayyan(pemimpin Hamas)..untuk mberi syafaat kpd 70 ahli kluarga yg ln..

"Nabi SAW m'janjikn bg stiap org yg mati syahid itu dpt m'beri syafaat kpd 70 org ahli kluarganya"

Bayangkn betapa besarnya nikmat syafaat yg diperolehi keluarga Rayyan yg gugur syahid seramai 14 org..SubhanaAllah..Allah memakburkn doa n cita2 Dr Nizar coz jihad n pgorbanannya MasyaAllah hnya Allah yg thu btapa besar sumbangannya.. Mcm mana dgn kt?? Pa sumbangan yg kt bt utk Islam?? Ana sdiri t'lalu skt sumbangan ana utk Islam, rasa malu utk mghadap Illahi dgn sumbangan yg kecil ini..Malu coz impikan bidadari n pasangan yg baik disyurga tp b'bekalkn amalan yg tlalu sdkt..Tidak layak ke SYURGAMU namun Tidak bisa ke NERAKAMU..

Diuji dgn ujian n dugaan Ilahi kdg2 cpt melatah n t'tnya2 kenapa Allah uji hambamu ini dgn ujian yg berat?? Sedar x shbt2,ujian yg mdtg if kt tabah hadapinya syurga ganjarannya tp cuba shbt2 tmsk diri ana yg kerdil ini berapa kali kita diuji dgn ujian Allah kt b'syukur??B'syukur coz t'pilih diuji dgn ujian Allah..

Ya Allah,terimalah amalan kami yg sdkit ini n cinta kami kpdMu yg Allah agar hambamu yg kerdil ini bisa merasa SyurgaMU..Ya Allah,kami bermohon agar kami diberi kekuatan utk istiqamah dlm m'cari redha Allah..Bantulah kami Ya Allah,Ya Rahman n Ya Rahim..Berilah kami pedoman..Amin..
(Byk psoalan yg ana timbulkn,,manusia kini tlalu b'puas hati dgn nikmat Allah n lalai bila duji.. T'lalu yakin@b'bangga diri dgn pgorbanan yg dibt sdgkn ia adalah t'lalu kecil..shbt2 sm2 lh kt muhasabah diri n bt sesuatu keje ikhlas coz Allah"M'cari keredhaan Allah,Bukan keredhaan Manusia"..)
By: Insan yg kerdil disisi Allah


Sunday, June 14, 2009

100 km/j

Coretan ini adalah pmintaan dr shbt sbg pgajaran kpd shbt2 ln,bkn utk tjuk terer..Kisah seorg shbt..

Ya Allah,dh pkul 1.45 ptg met start 2.30 ptg..asyik duk sdia mknan tghari coz parent x da kt umah..siap cpt2..fuh,kul 2.05 ana b'gerak dr umah.Matilah,masa tu pecut btl2 pecut nk hmpir 100 ana bwk,,if ADR bw 100 blh thn lg coz enjin dh x brapa kuat tp if motor bru n sis plk bw,kira berani mati..jalan jam plk,met kli org besar2 joing student x rmai..2 3 org je duk dkt2 KT trun, mdhkn n bntu met cwgn..10 min lg nk 2.30,plu rentas 3 trafik light lg..Ya Allah bntu n mdhknlah pjalanan hambaMu ini..spjg pjalanan ana b'doa..Tiba2,kt trafik light da sorang lelaki tgur..rupa2nya bro trg,dia duk sblh motor ana..dia ckp insyaAllah smpt smpai (wktu tu ana tkedu,ana thu dia bro trg coz prnh met skali tp lupa nama tp mcm mne dia thu ana nk g met,,pa2 jelah..Allhamdulillah da jg shbt lwt..hehe,nakal btl wktu tu.) Tiba2 dia ckp ikut ana,ikt jln pintas.. ana pa lg ikt jelah,wktu ana srg2 n bro tu pn srg2..tawakal jelah yg ptg selamat n smpt smpai..

Mak aik lajunya bro ni bw mtor 100 km/j,ana pn pcut jelah..mulut x hnti2 istighfar..Ana teringat if mati nk g prog@ met kre mati syahid..ana redha wktu tu coz dgn ana da fail ptg utk met tu..Allhamdulillah 2.35 ptg smpai tmpt met,nasib baik met x mula lg..fuh lega..Yg kelakarnya bro tu x smpt tggal helmet trus msk dwn,x lme pas tu dia kuar bgtau met x mula lg.. Syukran jazilan,ana ucp pd bro tu coz selamatkn ana dr trafik light n jam.. Ukhwah coz Allah besar nikmatnya.. X lme pas tu met pn start,Syukran Jazilan Ya Allah..

Pengajaran kt sni:

1) Siapkn diri awal2-iron bju,brg2 ptg kmas awal2..
2) Kuar umah 1 jam lbh awl if jauh tmpt prog @ met-elak dr jam dlm pjalanan.
3) Jgn bw motor laju expecially sis coz sis n wanita kne jg adab sopan.. Bro pn sm jg.

Ini lh antara pengalaman yg ana xleh nk lupakan..ngeri tp m'gagungkn..hrp shbt2 x bt pa ana bt..InsyaAllah ana pn x nk bw motor 100 km/j lg.hehe..

Thursday, June 11, 2009

Adab Dengan SAHABAT


Seorg muslim b'shbt ats dasar iman kpd ALLAH bkn ats dsr kebendaan. Dlm ertika lain b'shbt ats kepentingan agama. Dlm p'shbtn ada beberapa adat yg mst dijaga..:~)

1. M'utamakn shbt dgn harta bendanya. Jikalau dia tdk kuasa b'buat demikian maka sekurang-kurangnya hndklah dia m'berikn kpd shbtnya apa2 yg lbh dari hajat darinya.

2. Mnolong @ m'bntu shbt pd sgla hajatnya dgn sgra sblm shbtnya mminta tlg kpdnya.

3. M'p'kenankan jmputannya & m'jmptnya ktika mgadakan ssuatu mjlis.

4. M'nyembunyikn rahsia shbtnya.

5. Mnutup keaiban shbtnya.

6. Mnshtinya apabila dia mminta nsihat.

7. B'diam diri dari m'yampaikan p'kataan org lain yg m'cela shbtnya.

8. M'ympaikan sgala p'kataan org lain yg mmuji shbtnya.

9. M'dgr dgn baik p'ckpan shbtnya ktka dia b'ckp2.

10. Mninggalkn p'tengkaran dgn shbtnya.

11. M'doaknnya dgn rahmat ALLAH ktka dia bersin.

12. M'ziarahinya apbila dia sakit.

13. Mmanggil shbtnya dgn nama yg t'lbh disukainya.

14. Mmuji shbtnya dgn apa yg dketahui dri kbaikannya.

15. B'trma ksh kpd shbtnya atas sebarang kebaikannya.

16. M'cegah org lain yg ingin mgumpat shbtnya sperti dia m'bela dirinya sndri.

17. M'beri nsht dgn cara lemah lembut & bhsa yg halus apabila dia hndk mnasihati shbtnya.

18. Mmaafkn sgla kesilapan & keslhn shbtnya.

19. M'doakn shbtnya apabila dia dduk b'sendirian, ktika shbtnya itu masih hdp @ pn setelah dia mati.

20. M'iringi jenazahnya hgga ke kubur apabila dia mninggal dunia.

21. Mengekalkn kcintaan t'hdp keluarga shbtnya slpas kmatian shbtnya.

22. Jgn suka m'beratkn shbtnya dgn beban & tggjwb, bahkan hndklah dia mringankn drpdnya spy dia sntiasa sng hati kpdnya.

23. Menyatakan kesukaan dgn sgla yg mnyukakn hati shbtny, & jga mnyatakan kesusahn pd sgla yg mnyusahkn hti shbtnya.

24. Menyamakan antara hakikat kecintaan yg wujud di dlm hati dgn apa yg nmpk di luar.

25. Mmulakan m'beri slm ketika mnemui shbtnya.

26. Mluaskn tmpt ddk kpd shbtnya ktika dia msuk ke dlm majlis & hndklah dia b'pindah dari tmpat ddknya itu ke tmpt lain ketika dia tidak dpt b'buat demikian.

27. Hndklah dia bgn m'iringi shbtnya itu (sehingga smpai ke pintu rumah) ketika keluar dia dari rumahnya.

28. Hndklah dia b'diam ketika shbtnya b'ckp2 sehingga dia slesai dr p'ckpannya & jgnlah dia ska m'celah shbtnya yg sdg b'ckp2.

(PANDUAN IBADAH MUSLIM~Pusat Islam Universiti Utara Malaysia)

By;~ Puteri Bongsu

Wednesday, June 10, 2009

Ada Apa Dengan "HIDUP"




Maksud HIDUP ~ ialah untuk mengabdikan diri kepada ALLAH, tidak kepada manusia, tidak kepada material & sesuatu selain ALLAH SWT.


Gaya HIDUP ~ ialah untuk menggunakan akal yang dituntut oleh wahyu dalam memuaskan keperluan jasmani & rohani.


Erti HIDUP ~ ialah menerima kenyataan dunia, menikmati apa yang dapat diberikanNYA, namun tidak boleh berlebih-lebihan kerana yang demikian itu akan merosakkan kehidupan itu sendiri.
.


Yang Diharapkan Dari HIDUP ~ adalah sangat terbatas sekali. Kesenangan, kemewahan, kebahagian juga kesusahan sifatnya adalah sementara. Sebagaimana sebuah ungkapan ada mengatakan, apa yang ada di dunia ini bagaikan bayang-bayang, setiap kali dipegang dia menghilang.


Tujuan HIDUP ~ tujuan hidup adalah akhirat, di mana setiap amal perbuatan yang dilakukan di dunia ini akan diminta tanggungjawabnya. Pengabdian kepada ALLAH dalam dunia ini akan mendapatkan kesenangan yang abadi, sedangkan pengingkaran kepada ALLAH akan mendapatkan azab yang pedih.




By : Puteri Bongsu

Tuesday, June 9, 2009

2nd Time

Salam syg n rindu tuk sume shbt2 n teman2...


Dengan coretan ni...dpt la shbt2 yg slalu mnanyakan khabar driku mgetahui sdikit sbyk aktivitiku..Alhamdulillah...ana sihat alhamdulillah hendakNYA..dan syukur alhamdulillah jgk cuti ni 1st time ana mnimba pglman bkerja walau kerja yg dh biase dilakukn semasa kt u dlu..(yeke ni???...ada la ckt2 tlg shbt2 dlu..hiiii...)...bila cuti sek. ana pn cuti jgk la..2 yg best.('',)


Tp cuti2 pn kne lyn bdk2 jgk time blik kg bru ni (kenduri tahlil arwah nenek & aqiqah)...maklum la...ana cucu ke2 drp 30 lbh.

.

ni la pic time kt pntai b'sama adik2 n adk2 spupu

2nd time tu sbnrnye 2nd time prg pntai depan umah ngn adik2 & spupu2 after prg ngn shbt2 baru ni...time kt pntai teringat plak kenangan manis 2...hilang seketika rinduku pd shbt2..:)..terlepas pndg plak p'jgaan sementaraku pd adk2 & adk2 spupuku kt pntai..almaklum la ana ni mcmne kn?...t'gelam jgk ana ngn mrka yg smakin mngkat dewasa...hiii...(ni la peluang jd muda balik...)..(",)........semoga berjumpa lg di lain coretan...semoga shbt2 sume berada dlm keadaan sihat & redhaNYA..amin..(",)

Sunday, June 7, 2009

MAJLIS PERKAHWINAN SAHABAT (ALUMNI)

Salam...
untuk pengetahuan shbt2.. baru2 ni kami ke majlis kenduri khwin alumni kiter.. akhi Qusairy & k.huda... yg bestnyer sblm shbt g kenduri khwn tu..shbt kiter g candak sotong dlu... mmg best la... tapi yg sedihnyer ana x dapat ikut s candak sotong... x per,mungkin next time yer shbt...


erm...
ni gmbr shbt kiter g candak sotong...syokkan..





dan.. ini plak gmbar khwin alumni kiter..


smoga kekal bahagia hingga ke syurga..

Saturday, May 30, 2009

"BERSAMA ANAK2 YATIM TUNAS HARAPAN"

Nie picture putri cempaka b'sm anak2 yatim tunas harapan..Rindunya pd anak2 yatim tunas harapan,apa khbar diaorang skrg? Rs rugi coz x byk luang ms b'sm mereka sem last,bkn xnk tp ms x m'gizinkn..Sejak dl lg ku bahagia b'sm diorang,shbt2 if kt rs kt sunyi sedarlah da lg yd lbh sunyi dr kt..If kt rs stress if mak ayah mrh @ b'leter pd kt,kt ptt b'syukur coz msh punya mak ayah:-) Setiap kali ingat luahan adik2 tunas harapan,airmata ku menitis..

Akak,knapa mak ayah tinggalkn sy?
Diaorg x sygkn sy?
Sy x pernah kenal mereka,sy x thu mcm mne perasaan da mak ayah?
Knapa mreka lahirkn sy if nk tgglkn sy?

Ku x mmpu jwp slan2 tu,ku hnya mmpu peluk diaorg n bg kata2 semangat..Tunas harapan byk m'yedarkn ku,if stress tunas harapan tmpt ku cari after uwais..

Shbt2 hargailh mak ayah kita,sayangilah mereka selagi mereka msh b'sm kita.. "Setiap ms & saat adalah hari ibu & hari bapa".. Fikir2kanlah & Renung2kanlah.

By: Puteri ke-3

"SEORANG MUSLIMAH"


Seorang muslimah inginkan perhubungan yg suci,
Bukan kerana nafsu dihati,
Tapi tuntutan agama yg murni.

Seorang muslimah bukan utk disimpan
dirumah seperti duit dlm peti besi,
Tetapi dibawa bersama perjuangkan
agama yang suci...

Tuesday, May 26, 2009

Zikir dan wirid Rasulullah s.a.w selepas solat..

Kelebihan Mengamalkan Wirid dan Zikir

1. Iman bertambah teguh dan kukuh
2. Mengelakkan diri daripada melakukan kemungkaran
3. Murah rezeki dan tenang jiwa
4. Tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang merosakkan akidah
5. Sebagai perisai pertahanan diri
6. Akan tercapai kemanisan iman dan ketakwaan kepada Allah s.w.t
7. Mendekatkan diri kepada Allah

Adab-adab Berzikir kepada Allah s.w.t

1. Menyebut lafaz zikir dgn betul serta memahami maksudnya
2. Berzikir dlm keadaan bersih dan suci drpd hadas
3. Zikir dgn lafaz yg terdapat dalam Nas al-Quran atau Assunah
4. Merasa kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah s.w.t
5. Menggunakan suara yg perlahan
6. Perbanyakkan zikir dalam suasana yang genting
7. Berzikir dgn lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat
8. tidak berzikir semasa Qadha hajat

Saranan Berzikir

(Surah Al-Jumu'ah : Ayat 10) yang bermaksud : -

" Berzikirlah kamu kpd Allah dgn sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu berjaya"

Kerugian kepada orang yang tidak berzikir

1. Terdedah kpd perkara yg dimurkai Allah kerana ia mudah dikuasai syaitan dan sukar mengawal nafsu
2. Lupa kepada tanggungjawab terhadap agama
3. Berada dlm keadaan gelisah
4. Hidupnya kurang diberkati Allah
5. Tidak mengecapi kemanisan beribadat

Thursday, May 21, 2009

BUAT RENUNGAN KITA SEMUA
















SALAM KERINDUAN DARI KEJAUHAN..(",)


Assalamualaikum buat sume shbt2ku sygi...

ape kbr?buat k.ti...puteri bgsu chat alhamdulillah...kpd puteri cmpaka yg lain mcmne skrg?
buat puteri ke3 selamat menyambut ulang tahun kelahiran yg ke-21...

"i just wanna to say 'HAPPY BIRTHDAY'..hope u will be happy in what ever u do, may GOD bless u..hope u get the flying colour in what ever u want....study hard for your future..insyaALLAH...(",)..."

Tuesday, May 19, 2009

SAHABATKU.....


MENGALAH JANGAN...



ADA KALANYA

SERBA SERBI TAK KENA,

APABILA JALAN DI DAKI

KELIHATAN SURAM SEMUANYA.

APABILA DANA KOSONG

HUTANG BERTIMBUN

INGIN MENGUKIR SENYUMAN

TAPI KELUHAN MENERPA.

APABILA KERAGUAN DATANG MENGHIMPIT

REHATLAH SEKETIKA,

TETAPI MENGALAH JANGAN

KERANA ANEHNYA

HIDUP INI DILINGKARI LIKU-LIKUNYA

ITULAH YANG KITA PELAJARI

KADANGKALA,

BANYAK KEGAGALAN BERUBAH RUPA,

KEMENGANGAN PASTI DIKECAPI JIKA BERTAHAN TERUS-TERUSAN,

KERANA KEJAYAAN CUMA KEGAGALAN YANG DIBALIKKAN.

DARI SECEBIS CAHAYA DALAM KELAM SANGSI

TAK BOLEH DI DUGA BETAPA HAMPIRNYA KEJAYAAN

MUNGKIN KEJAYAAN DEKAT, RAPAT, TAPI TERASA AMAT JAUH

MAKA BERJUANGLAH TERUS-TERUSAN WALAU PERIT MENYEPIT

KERANA........

KETIKA HARAPAN AMAT TIPIS,

MENGALAH JANGAN...


Hasil Nukilan,

K.Tiey09'