Friday, December 30, 2011

SELAMAT TAHUN 2012

Bismillahirrahmanirrahim....

pada hari ini berakhirlah tahun 2011..esok bermulanya tahun baru bagi kita semua..
syukur kpd yg Maha Esa krn masih lg m'beri diriku nafas hingga ke hari ini.. renung2kanlah shbtku semua..kemana masa setahun kita telah di habiskan..???
adakah sepanjang setahun yg berlalu diri kita makin hampir dgn pencipta..@ sebaliknya..?
Shbt2... marilah sama2 kita tanamkan azam baru yg kt yakin kt mampu buat.. jgn hnya berazam, tapi x buat.. tu sia2 namanya.. cubalah jdkan diri kita lebih baik dari tahun yg lepas...



SELAMAT BERAZAM..SEMOGA KITA SEMUA BERJAYA DUNIA & AKHIRAT...

Monday, December 19, 2011

assalamualaikum...

alhamdullillah..syukur padamu ilahi..masih lg di beri peluang olehMu untuk diri ini bernafas di dunia ini.. rindu rasanya untuk mencoret sesuatu di blog ni.. dah lama rasanya ana tinggalkan blog cempaka.. sahabat semua apa khbr..ana doakan kalian semua berada di dalam keadaan sihat-sihat semuanya... amin.... Di kesempatan ini ana ingin berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat semua..
Jom sahabat-sahabat...kita baca dan hayati sama2..

Macam mana agaknya kita nak peroleh kerja yang berkat... ??? eerrrmmm........ ana ingin kongsikan kat sini, pekerjaann yang berkat dpt kita kenali melalui petanda-petanda berikut :

1) kita dpt bekerja dlm situasi & persekitaran mengikut syariat
2) terhindar drpd kelalaian, pembaziran, dosa & maksiat
3) timbul rasa tenang dalam diri
4) sentiasa dpt memberi manfaat pada orang lain
5) pendapatan sederhana tapi...m'cukupi untuk perbelanjaan
6) allah sentiasa memberi perlindungan dlm sgala urusan kita
7) keberadaan diri kita sentiasa disenangi ramai..

ok..sekarang cuba kita renung2kan dlm diri kita ni..agak2 la..ada x semua yang dinyatakan... jika blm, muhasabah la diri kita semua..sejauh mana gerak kerja yg telah kita lakukan, ikhlaskah kita selama ini dalam bergerak kerja..@ sebaliknya..
sama2 kita muhasabah diri kita semua..smoga kita sentiasa berada di bwh lindungan & redha dariNYA... wassalam..





Tuesday, November 8, 2011

Untuk kamu, calon zaujku.

Assalamualaikum :)

Buat kamu yang aku tidak ketahui siapa :

Salam buat bakal suamiku.
Harapanku, semoga kamu sentiasa di bawah lindungan Allah SWT,
Tujuan aku menulis bukan kerana ingin menyatakan aku cinta pada mu,
Bukan juga kerana aku sudah rindu padamu,
Tapi aku menulis kerana aku ingin kamu tahu,
Kamu hanya untukku.

Zaman ini, di mana-mana sahaja.
Tidak kira di library, di café, di pusat membeli belah, di restoran makanan segera,
Dan di mana-mana sahaja,
Pasti akan ada pasangan ‘couple’ yang tidak halal berdua-duaan.
Bergurau senda, memadu kasih,berpegangan tangan,
Langsung tiada rasa malu.
Bila sudah rindu, mereka mula melayan perasaan,
Ber’call-calling’ sehingga kehabisan tambah nilai.
Mereka beranggapan itu sudah menjadi kelaziman,
Mereka mula mencipta dunia ‘cinta khayalan’ mereka.
Mereka tidak takut dengan larangan Allah,
Melarang mereka mendekati zina seperti dalam surah Al-Isra’.
Astaghfirullah.
Beri mereka peluang bertaubat Ya Allah…

Zaman moden ini juga,
Pergaulan bebas sudah sebati,
Tidak kira siapa, lelaki dan perempuan sama sahaja.
Tangan tampar-menampar dianggap biasa,
Katanya ‘bergurau’. Ahhh, alasan sahaja.
Mereka lupa peringatan Allah.
Lelaki dan wanita yang bukan mahram haram bersentuhan.
Astaghfirullah.
Beri mereka kesedaran Ya Allah.

Zaman dunia tanpa sempadan ini juga,
Teknologi kian mendominasi,
Setiap dari kita pasti berurusan melalui teknologi,
Pasti mempunyai paling kurang satu akaun laman sosial,
Facebook contohnya.
Namun banyak dari mereka menyalah guna,
Post gambar-gambar yang tidak sepatutnya,
Post status yang lebih bersikap kebudak-budakan dan
Tidak bersyukur dengan nikmat Tuhan.
Mereka mengeluh, mereka bangga meletakkan gambar tidak menutup aurat,
Mereka lupa setiap dari kita akan dipertanggungjawabkan terhadap apa yang kita lakukan di akhirat kelak.
Astaghfirullah.
Beri mereka keampunanMu Ya Allah.

Zaman akhir zaman ini juga,
Fesyen anak muda, hatta yang berusia,
Mula kembali ke zaman Jahiliyyah.
Mereka memulakan kembali fesyen dahulu,
Bermula fesyen tudung bersanggul tinggi, pakaian yang jarang, legging dan inner,
Tidak lupa,kawan-kawan sejantina denganmu
Seluar pendek menampakkan lutut ketika bersukan.
Apa mereka fikir mereka ‘hot’ dengan pakaian sebegitu?
Mereka lupa di akhirat nanti,
Pasti ada yang lagi ‘hot’ yakni neraka.
Nauzubillah.
Beri mereka cahayaMu Ya Allah.

Zaman sekarang juga,
Hilang sudah sifat keperimanusiaan,
Kita hanya mementingkan diri,
Orang tua langsung tidak diberi hormat,
Orang tua zaman sekarang ‘sporting’ katanya.
Sudah tidak perlu diberi keutamaan,
Sedarkah mereka, kita juga akan menghadapi hari tua?
Astaghfirullah.
Beri mereka petunjukMu Ya Allah.

Zaman modenisasi ini juga,
Banyak dari kita yang lupa akan Tuhannya,
Mereka bangga kerana dilimpahkan rezeki yang banyak,
Nikmat yang pelbagai,
Menjadikan mereka sombong dan tidak tahu bersyukur,
Jarang mereka melaksanakan solat, berpuasa, berzakat dan mengerjakan haji,
Mereka sibuk mengejar harta dunia yang sementara.
Mereka lupa akan ada kehidupan yang kekal abadi iaitu alam Akhirat,
Astaghfirullah.
Beri mereka HidayahMu Ya Allah.

Pasti, kamu tertanya-tanya,
Apa kaitannya dengan kamu semua ini.

Baitul Muslim :)

Harapan aku,
Kamu tidak akan jatuh dengan perangkap arus kemodenan zaman ini,
Kamu tegar melawan nafsu dari menarikmmu ke lembah maksiat,
Kamu tidak tergolong sebagaimana mereka,
Sentiasa menjaga iman walau di mana kamu berada,
Tidak membuang masa mencari ‘cinta palsu’ yang tidak halal,
Kerana perasaan cinta anugerah Allah ini hanya untuk bakal isterimu, yakni aku.

Menjaga Ikhtilat dengan kawan-kawan perempuanmu,
Sentiasa menyedari Allah sentiasa melihat perbuatan umatNya,
Menggunakan teknologi seadanya,
Tidak menayangkan sesuatu yang tidak sepatutnya di laman sosial.
Sederhana dalam berpakaian,
Dan sentiasa menghormati orang tua.

Namun, sekiranya kamu salah seorang seperti mereka,
Segeralah bertaubat,
Ingat, Allah Maha Pengampun, Allah Maha Penyayang, Allah Maha Menerima Taubat.

Aku bukan mengharapkan segalanya sempurna,
Cukuplah kamu tahu menjadi imam dalam solatku,
Cukuplah kamu akan bersama-samaku dalam menegakkan hukum Allah di atas muka bumi ini,
Cukuplah kamu sedar kepentingan dalam menuntut ilmu,
Ilmu dunia dan Ilmu Akhirat,
Cukuplah bakal suamiku seorang yang ‘skema’,
Skema mengikut peraturan Allah dan Rasul,
Melaksanakan perintah Allah, dan meninggalkan laranganNya,
Yang boleh membimbingku ke Syurga, InsyaAllah.

Buat sahabat-sahabat wanitaku,
Mari kita persiapkan diri menjadi solehah,
Setiap dari kita pasti inginkan lelaki seperti bakal suamiku juga dan lebih baik lagi,
Sebelum kita mendapatkan yang soleh,
Kita dahulu yang harus menjadi solehah.

Aku yakin,
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.
Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat juga.
Itu janji Allah SWT dalam surah AnNur, ayat 26.

Bakal suamiku,
Sudah panjang warkah yang ku tulis,
Sekadar peringatan kita bersama,
Sebagaimana aku sedar dan berusaha menjaga diriku hanya untuk kamu,
Kamu juga perlu berbuat yang sama,
Aku simpankan rasa cinta ini hanya untuk kamu, bakal suamiku.

Buat masa ini,
kita simpan dahulu rasa cinta,
kita salurkan kepada yang berhak dahulu,
Ayuh kita mencari cinta Allah, cinta yang kekal abadi,
Dan InsyaAllah,
Andai ditakdirkan Allah,
Kita pasti bersama, diijabkabulkan atas nama cinta yang dilimpahkan Allah buat kita.
satu hari nanti.
InsyaAllah.


Mencari Redha Ilahi,
Bakal isterimu.


Wednesday, April 6, 2011

salam imtihan...

salam imtihan buat shbt2 seperjuangan smua...

pejam celik pejam celik..lebih kurang 2 mggu lg kt smua akn mnddki fnl exam...
kejap jer rasa stp sem..

Buat semua pejuang...
Kiranya EXAM ini medan juangmu,
maka bertarunglah sedaya upayamu
kerana Allah...

beberapa waktu telah berlalu,
kau telah diperturunkan segala ilmu dari gurumu,
maka manfaatlah ia semampu akalmu untuk memartabatkan kedudukan ummahmu....
bukan semata0mata untuk kepuadsan diri..

Tuhanmu tidak akan menilai akan natijahnya,
tetapi...kesungguhanmu,
Berjuanglah wahai pejuang
dengan kalimah tuhanmu,
dengan segala ilmu yg telah dipnjmkan sementara kpdmu..
selebihnya, sandarkan pada ketentuanNYA...

"A for ALLAH"


Ya Allah...
kau berilah Kami kekuatan untuk kami terus istiqomah dlm mgulangkaji pljrn..

Monday, January 24, 2011

Salam Muhasabah~~

Seringkah kita terfikir, bgaimana mulia & bersihnya hati nabi kita, tetap senyum bila dibenci, tetap tenang bila dimusuhi,tetap membantu walau disakiti,tetap menyeru walau di usir pergi,tapi kita mudah benci bila dikasari,mudah putus asa bila yang dilakukan tidak menjadi, mudah kecewa bila orang lain tidak memahami, mudah terguris bila dilukai? ayuh kita tarbiyah diri agar segala yg indah menghiasi peribadi, kerana qudwah kita adalah nabi, itulah sifat hamba ALLAH yang hakiki...Salam Muhasabah~~