Saturday, January 2, 2010

MANUSIA MACAM KITA.....



Manusia macam kita...
Memang pandai bercakap,
Menyalahkan orang lain,
Mengutuk orang lain,
Perlekeh orang lain,
Merendahkan orang lain.

Orang macam kita...
Di mana-mana pun ada,
Bila jari telunjuk tunjuk pada orang lain,
Empat jari lain tunjuk pada diri sendiri,
Tengok pada diri sendiri dahulu!

Jangan...
Asyik mengata orang, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik menyalahkan orang, Al-Quran kamu tak
baca!
Asyik mengutuk orang, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik perlekehkan orang, Al-Quran kamu tak
baca!
Asyik merendahkan orang, Al-Quran kamu tak
baca!
Asyik berceramah sana sini, Al-Quran kamu tak
baca!
Asyik berkuliah sana sini, Al-Quran kamu tak
baca!
Asyik berdakwah sana sini, Al-Quran kamu tak
baca!
Asyik bersajak berpuisi, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik bercerpen bernovel, Al-Quran kamu tak
baca!
Asyik berforum di internet, Al-Quran kamu tak
baca!
Asyik berchit-chat di IRC, Al-Quran kamu tak
baca!
Asyik bergebang di telefon, Al-Quran kamu tak
baca!
Asyik mendongak televisyen, Al-Quran kamu tak
baca!
Asyik mengadap komputer, Al-Quran kamu tak
baca!
Asyik baca buku ilmiah, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik baca majalah tabloid, Al-Quran kamu tak
baca!
Asyik bersembang politik, Al-Quran kamu tak
baca!
Asyik mengulit isteri, Al-Quran kamu tak baca!
Asyik berkepit dengan suami, Al-Quran kamu tak
baca!
Asyik membelek handphone, Al-Quran kamu tak
baca!
Asyik mengadap vcd ceramah, Al-Quran kamu
tak baca!

Kenapa tak baca..?
Tak sempat..?
Busy..?
Tak faham..?
Tak reti..?
Malas...?

------------------------------------------------------------------------------------------------
Dapat surat dari pejabat tanah..
Dalam bahasa melayu kamu boleh baca!
Dapat surat lawyer dalam bahasa inggeris kamu
boleh baca!
Dapat surat daripada Allah dalam bahasa Arab
kamu tak boleh baca!!
Apa nak jadi?

Rugi rugi rugi

Itu sajalah bekalan
Untuk diri sendiri
Di belakang hari
Dan! hari ini

Al-Quran teman sejati
Di kala kaki tak mampu berdiri
Di kala tangan tak mampu mengangkat lagi
Di kala lutut lenguh setiap sendi
Di kala badan tak mampu ke sana kemari
Di kala telinga tak mampu menangkap bunyi
Di kala tekak tak rasa apa lagi
Rumah kata pergi
Kubur kata mari sini
Juga buat teman di kala sendiri
Dalam kubur sunyi sepi

Menangislah sepuas hati
Mulai dari hari ini
Menyesali diri
Yang jahil dan dhaif sekali
Ambillah insiatif sendiri
Untuk baiki diri
Jangan hanya duduk sesali diri
Melihat Al-Quran menyusup pergi
Hanya tulisan sahaja yang tinggal lagi
istilah juga tidak berguna lagi
kerana ertinya tidak difahami
Bacalah Al-Quran hari ini!

Wassalam.

Al-quran bukan setakat dibaca... tapi utk difahami, dihayati, dan diamalkan segala isi kandungannya. Al-quran cukup lengkap mencakupi keseluruhan aturan keperluan hidup kita... undang2!, sains!, makanan!, kewangan!, Kesihatan!, teknologi!, kisah2 masa lampau!, Kisah2 Akan datang!, Hiburan!, dan banyak lagi... cuma kita saja yg tidak tahu kerana tidak menghayatinya dan mendalaminya... sebab itu kita hanyut...

oleh itu... kembalilah kita... dan, ingatlah... bahawa kita beragama Islam... dan dari golongan makhluk yg bergelar khalifah Allah di muka bumi... yang memengang kitab suci Al-quran... yang dipertanggungjawabkan kepada kita....