Tuesday, May 26, 2009

Zikir dan wirid Rasulullah s.a.w selepas solat..

Kelebihan Mengamalkan Wirid dan Zikir

1. Iman bertambah teguh dan kukuh
2. Mengelakkan diri daripada melakukan kemungkaran
3. Murah rezeki dan tenang jiwa
4. Tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang merosakkan akidah
5. Sebagai perisai pertahanan diri
6. Akan tercapai kemanisan iman dan ketakwaan kepada Allah s.w.t
7. Mendekatkan diri kepada Allah

Adab-adab Berzikir kepada Allah s.w.t

1. Menyebut lafaz zikir dgn betul serta memahami maksudnya
2. Berzikir dlm keadaan bersih dan suci drpd hadas
3. Zikir dgn lafaz yg terdapat dalam Nas al-Quran atau Assunah
4. Merasa kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah s.w.t
5. Menggunakan suara yg perlahan
6. Perbanyakkan zikir dalam suasana yang genting
7. Berzikir dgn lafaz tertentu mengikut keadaan dan tempat
8. tidak berzikir semasa Qadha hajat

Saranan Berzikir

(Surah Al-Jumu'ah : Ayat 10) yang bermaksud : -

" Berzikirlah kamu kpd Allah dgn sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu berjaya"

Kerugian kepada orang yang tidak berzikir

1. Terdedah kpd perkara yg dimurkai Allah kerana ia mudah dikuasai syaitan dan sukar mengawal nafsu
2. Lupa kepada tanggungjawab terhadap agama
3. Berada dlm keadaan gelisah
4. Hidupnya kurang diberkati Allah
5. Tidak mengecapi kemanisan beribadat

No comments:

Post a Comment