Tuesday, December 29, 2009

Erti Sahabat Sejati...

Niatku untuk merantau masih tetap terus membara,
Akan aku temui disana orang yang tidak aku kenal saat ini,
Akan aku temui mereka yang bodoh untuk bertukar pendapat,
Dan jika yang aku temui orang pintar,
Maka aku ingin meyamai kepintarannya.

AKU MENYINTAI SAHABAT-SAHABATKU,
Dengan seluruh jiwa ragaku,
Seperti aku mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah seiring sejalan denganku,
Dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup
Ataupun setelah aku mati...

Aku hulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan,
Kerana aku akan merasa senang,
Semakin banyak aku perolehi sahabat,
Aku semakin yakin pada diri sendiri.


Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati,
Yang sanggup bersamaku semasa suka dan duka,
Jika aku temui, aku berjanji
Akan selalu setia kepadanya.

*imam as-Syafie*

No comments:

Post a Comment