Monday, March 22, 2010

TAHAP MANUSIA DALAM MENERIMA KEBAIKAN


Dalam hal kemungkinan terjadinya perubahan ke arah kebaikan akhlak, manusia dibahagi dalam 4 tahap:
Pertama: Seorang yang sepenuhnya jemu @ "lurus", yang tidak mampu membezakan antara yang hak & yang batil @ antara yang baik @ yang buruk, tetap dalam keadaan fitrah seperti ketika dilahirkan, & kosong dari segala kepercayaan. Demikian pula naluri syahwah (hasrat & keinginan)nya belum begitu kuat untuk mendorongnya mengikuti pelbagai kesenangan hidup duniawi. Orang seperti ini, sangat cepat dalam menerima perubatan bagi hatinya. Tiada yang diperlukannya selain seorang guru @ mursyid, serta timbulnya sedikit kesedaran dalam hatinya, yang mendorongnya untuk melakukan mujahadah. Dengan itu akhlaknya akan menjadi baik, dalam waktu yang secepatnya.
Kedua: Seorang yang telah mengetahui keburukan sesuatu yang buruk, namun ia sendiri belum terbiasa mengerjakan amalan yang baik. Bahkan hawa nafsunya memperindah baginya perbuatan buruknya, sehingga ia pun mengerjakannya berulang-ulang. Semata-mata demi mengikuti keinginan nafsu syahwatnya, seraya memalingkan diri dari akal yang sihatnya,dan sebagai akibatnya berkuasanya naluri syahwah atas dirinya. Akan tetapi betapa pun juga masih ada sedikit pengetahuannya tentang keburukan perbuatannya itu. Maka perbaikan akhlak orang seperti ini, pasti agak lebih sulit dibandingkan dengan orang jenis pertama. Sebab kini tugasnya berlipat ganda. Di samping harus mencabut apa yang telah berakal dalam fikiran dan jiwanya, akibat kebiasaannya melakukan perbuatan-perbuatan buruk, ia kini harus pula menanamkan kebiasaan berbuat baik demi kebaikan dirinya sendiri. Bagaimanapun juga, jiwa orang seperti ini, secara umum, masih mungkin menerima latihan kejiwaan (riyadhah) menuju kebaikan, sepanjang hal itu dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan dengan penuh kebijaksanaan.
Ketiga: Seorang yang merasa yakin bahawa pelbagai perangai buruk justeru merupakan hal-hal yang wajib dikerjakan, & bahawasanya hal seperti itu adalah baik, benar & menguntungkan. & ia tumbuh menjadi dewasa bersama keyakinan seperti itu. Akibatnya, ia hampir-hampir tidak mungkin diubati penyakitnya, & tidak dapat diharapkan perbaikannya kecuali dalam keadaan yang jarang sekali. Hal itu disebabkan telah bersarangnya penyebab kesesatan dalam jiwanya.
Keempat: Seorang yang diliputi fikiran-fikiran buruk, seiring dengan pertumbuh dirinya, & terdidik dalam pengalaman hal-hal yang buruk pula. Sehingga ia menganggap bahawa ketinggian darjat dirinya diukur dengan banyaknya perbuatan jahat yang ia lakukan & bahkan dengan banyaknya jiwa-jiwa manusia yang ia korbankan. Ia pun berbangga-banggakan perbuatannya itu, & mengira bahawa yang demikian itu meninggikan darjatnya di antara manusia. Orang seperti ini, berada dalam tahap yang paling sulit diubati. Untuknya dan untuk orang-orang seperti dia, berlaku pepatah yang mengatakan: "Olahraga berat bagi si tau bangka adalah kelelahan yang sia-sia, & memperhalusi watak seekor serigala adalah suatu bentuk penyeksaan."
Kesimpulannya, orang pertama hanya disebut sebagai seorang yang tidak mengerti (@ bodoh) sahaja. Yang kedua, bodoh dan sesat. Yang ketiga, bodoh, sesat & fasiq(derhaka). Dan yang keempat, bodoh, sesat, dehaka dan jahat.

*Siri Motivasi Muslim
*Menyuci & Mengubati Penyakit Hati-Zainuddin Mustabaie

No comments:

Post a Comment